Showing posts with label My Opinion. Show all posts
Showing posts with label My Opinion. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

TAKUT TAPI TAK TAKUT.

Assalammualaikum semua...

Hmmm... "Takut tapi sebenarnya tak takut". Apa hal ni? Bukan apa, orang sekarang ni banyak sangat perkara-perkara yang ditakutkan, tapi buat jugak dalam takut-takut tu. Jadi, takut ke idak sebenarnya? Hahaha...

Jadi,..rasa seronok juga nak share hal takut tak takut ni. Hmmm...

Soalan pertama untuk diri saya dan anda.

Anda takut sakit tak?
Kalau jawapan saya, saya memang paling takut sakit. Tapi, bila dah tahu kenyataan yang sakit ni penghapus dosa bila kita REDHA, terus takut tu jadi tak takut. Anda pulak?


Soalan kedua untuk diri saya dan anda juga.

Anda takut miskin tak?
Kalau jawapan saya, saya memang takut jatuh miskin. Tapi, bila dah tahu kenyataan yang bila kita redha miskin di dunia, dan Allah akan beri ganjaran kita akan kaya di akhirat jika kita REDHA, terus takut tu jadi tak takut. Anda pulak?

Soalan terakhir dari saya untuk saya dan juga diri anda.

Anda takut mati tak?
Kalau jawapan saya. saya paling takut nak menghadapi mati. Walaupun ada ganjaran syurga, saya tetap takut. Takut yang tidak boleh ditukar menjadi tidak takut. Sebabnya, SYURGA dan NERAKA belum tentu di mana kita bakal berada. Anda pulak?

Persoalannya, di mana patutnya kita perlu rasa takut yang sebenar-benarnya takut, hingga menggigil seluruh badan kita?

Jawapannya: Takutlah pada Allah. Insyaallah, anda akan takut nak buat jahat, tapi tak takut bila kesusahan atau kesenangan menimpa diri anda, kerana Allah sayang dan kasih pada hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya apabila dalam waktu susah atau senang.

Jadi, takutlah pada kemurkaan Allah, jangan melakukan kemungkaran sedangkan anda tahu, Allah tidak suka. Janganlah buat-buat tak takut dengan kemurkaan Allah. Wallahua'lam.

Salam peringatan buat diri saya yang jahil ini.

Wassalam.

Saturday, April 2, 2011

PERHATIKANLAH DIRIMU.

Salam ukhwah buat teman-teman yang mengunjungi blog Cahaya Hati.

Kali ini saya nak berkongsi tentang DIRI, yang mana, ramai yang tidak menghargai diri yang ZAHIR mahupun yang BATIN. Kenapa agak-agaknya ye? Tepuk tangan dengar bunyi... Hehe.

Ramai manusia yang tak sedar DIRI, maksud saya bukannya pengsan atau koma, tapi tak sedar NILAI DIRI anda. Kalau saya bertanya, berapa nilai diri anda? Tentu ramai yang menjawab tidak ternilai! Tapi, jika sebaliknya, andalah manusia yang sanggup menjual maruah diri. Tak caya, cuba letak harga diri anda dekat pasar-pasar malam. Hehe. Ada ke tidak orang yang sanggup membeli DIRI anda? Kalau ada nauzubillah. Rendahnya martabat diri anda! Jadi, berbahagialah anda di dunia diri ciptaan anda.

Kenapa perlu perhatikan diri? Jawapannya, kerana permulaan DIRI itu dilahirkan suci bersih dan sempurna. Lihatlah diri anda sekarang, sejauh mana anda telah menzalimi diri anda? Berapa banyak daki-daki yang belum dibersihkan? Dan masih lengkapkah anggota badan anda? Jika anda sayangi diri anda, tentulah tiada sebarang daki yang melekat pada diri anda. Tapi bagi mereka yang sering alpa dengan kebersihan diri, tentunya banyak bahagian-bahagian hitam ditubuhnya. Dan jika masih sempurna diri anda seperti anda dilahirkan dahulu, bersyukurlah kerana anda belum cacat!

Apakah maksud kata-kata saya ni? Sangat mendalam maknanya bagi mereka yang bijaksana. Hehe. Hidup di dunia ini, perkara pertama yang kita bawa adalah hati yang bersih, akal yang bijaksana dan diperkuatkan pula dengan diri yang sihat serta sempurna zahirnya. Jika kita hidup dengan mencintai diri sendiri, bermulalah dengan menjaga akal supaya bijak menilai, kemudian hati akan mula merasai ketenangan atas pilihan yang baik, dan secara automatik, diri akan terpelihara dari sebarang calar. Bukan mudah nak mengawal akal dan hati yang dipenuhi nafsu dan diri yang cukup sempurna ini, tetapi TAHUKAH ANDA? Setiap nafsu boleh dibakar dengan ZIKRULLAH. Itulah ubat bagi setiap penyakit hati , akal dan diri.

Jadi, mulailah hari anda dengan berzikir, dan akhirkanlah detik hidup anda juga dengan zikir. Insyaallah, kita akan mulai melihat diri kita sangat indah dari biasa. Diri yang tadinya berdaki, lama kelamaan akan bersinar kembali dengan cahaya yang cukup indah di mata hatimu. Jadi kawan-kawan. Sebutlah ALLAH dihati dan dibibirmu, Insyaallah, terpelihara diri zahir dan batin anda. Wallahua'lam.

Saturday, March 26, 2011

SENTUHAN SANUBARI.

Assalammualaikum para pengunjung, moga kita beroleh rahmat dari-Nya.

Menurut Imam Ahmad, dalam bukunya Az-Zuhud, Allah s.w.t telah berfirman:

"Wahai anak Adam, sungguh hairan Kulihat dirimu! Aku telah menciptakanmu, tetapi kamu malah menyembah selain Aku. Aku telah memberikanmu rezeki, tetapi kamu malah bersyukur kepada selain Aku. TelahKu tunjukkan kasihKu dengan memberimu berbagai nikmat, sedang Aku sama sekali tidak memerlukan Aku, tetapi kamu malah memperlihatkan kebencian kepadaKu dengan berbuat maksiat. KebaikanKu selalu Ku limpahkan kepadamu, tetapi KEBODOHANMU SELALU KAMU PAMERKAN KEPADAKU".


Wallahua'lam. Sama2 kita renungkan diri kita yang jahil lagi sombong!




Salam Peringatan untuk diriku dan bagi mereka yang berfikir. :)

Thursday, March 24, 2011

KEMBALILAH Pada-NYA...


Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai rakan-rakan sekalian,

Kembalilah menuju jalan yang diredhai Allah s.w.t , agar kamu hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

AKU CINTA ALLAH, AKU RINDU ALLAH...


Wallahua'lam.

Thursday, November 4, 2010

PUASKAH ANDA DENGAN HANYA MELAYAN NAFSU?

Nak cerita bab nafsu ni, memang panjang. Macam-macam jenis nafsu ada. Tetapi, nafsu ini berbeza bagi setiap orang tentang bagaimana cara mereka nak memuaskannya. Tetapi persoalannya, setakat mana kepuasan yang anda perolehi setelah melayan nafsu itu dan ini?

Sebagai contoh:-
  1. Nafsu makan: Ramai yang bernafsu untuk makan, sehingga ada yang mati akibat memuaskan nafsu makannya. Jadi, di mana kepuasannya? 
  2. Nafsu berbelanja: Ramai yang menghabiskan duit semata-mata mahu memiliki sesuatu yang di luar kemampuannya, sehingga duit poket habis begitu sahaja. Jadi, di mana kepuasannya?
  3. Nafsu tidur: Ramai yang menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari sehingga badan menjadi lemah dan otak menjadi lembab. Jadi, di mana kepuasannya?
  4. Nafsu amarah: Ramai yang hilang kawalan akibat terlalu marah sehingga sanggup membunuh. Jadi, di mana kepuasannya?
  5. Nafsu seks: Ramai yang melepaskan nafsu seks kepada mereka yang bukan haknya sehingga melahirkan anak luar nikah dan meningkatnya kes buang bayi. Jadi, di mana kepuasannya?
Bukan apa, bila kita sibuk melayan nafsu, banyak kesan yang tidak baik akan berlaku. Ramai yang tidak sedar hal ini. Bagi mereka, kepuasan yang sementara ini, cukup seronok dan mereka lupa akan kesan buruk yang bakal mereka hadapi. Apabila terjadinya sesuatu, mulalah menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri yang patut dipersalahkan dahulu.

Ini cuma pandangan peribadi saya sahaja. Kerana ramai di antara kita yang sering kali lalai dalam melayan nafsunya. Berfikirlah sebelum bertindak. "Keseronokan di dunia ini hanyalah sementara". Dan, itu bukan alasan untuk kita leka dengan hiburan duniawi. Berfikirlah jika anda seorang yang berpegang pada tali Allah.

Wassallam.

Sunday, October 24, 2010

KENAPA NAK TIPU???

Nak tau? Jom baca komen kawan-kawan kita.

Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa mereka menipu. Agak-agak, apa pulak alasan anda?
Adakah bersikap jujur akan menyebabkan anda hilang kawan, hilang saudara, hilang kekasih atau kehilangan segala-galanya yang anda miliki? Disebabkan faktor inikah anda sanggup menipu? Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Sekiranya, anda menipu untuk menyelamatkan sesuatu hubungan mungkin tiada masalah, tetapi sekiranya anda menipu untuk mengaut keuntungan dengan jalan yang salah, saya benar-benar tidak bersetuju. Apapun, menipu itu salah satu perkara yang tidak disukai oleh Allah. Jadi, fikir-fikirkanlah sebelum anda menipu. Jangan pilih jalan hitam. Hehe.

Bye.

Monday, October 18, 2010

APA PILIHAN ANDA, DUIT ATAU KELUARGA?

Hi, selamat singgah di blog saya.
Beberapa hari lepas saya telah menjalankan survey berkaitan tajuk di atas. So, inilah resultnya:-

Majoriti mementingkan keluarga dari duit.
Setelah saya melihat result di atas, rasa bersyukur sangat kerana masih ramai yang sanggup memilih keluarga dari  kekayaan. Hmm... tapi saya ada beberapa perkara yang saya mahu kongsikan bersama.
Biasa tak dengar ayat-ayat ini:-
  • Kerana duit, suami isteri gaduh.
  • Kerana duit, adik beradik sanggup gaduh.
  • Kerana duit, anak tak hormat ibu bapa.
  • Kerana duit juga, keluarga sanggup dipinggirkan.
  • Kerana duit, nyawa melayang.
Walaupun ramai yang cuba menolak kenyataan ini, tetapi ini adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Kerana duit, apapun boleh jadi. Jadi, pandangan saya setelah melihat result di atas, sebenarnya walaupun duit menjadi faktor utama dalam kehidupan, keluarga tidak boleh dipinggirkan. Masih ramai lagi yang mementingkan keluarga. Hanya segelintir sahaja yang mementingkan duit dari keluarga.

Apapun di sini, kita patut ubah kenyataan-kenyataan di atas supaya menjadi seperti ini:-

  • Kerana duit, suami isteri makin dilamun cinta.
  • Kerana duit, adik beradik hidup selesa.
  • Kerana duit, anak bijak menilai kasih sayang ibu bapa.
  • Kerana duit, ukhwah kekeluargaan makin erat.
  • Kerana duit, nyawa diutamakan. 
Tidak salah melakukan perubahan. Jadi, apa pilihan anda??? Bye...

Friday, October 15, 2010

AWAK PERCAYA PADA TAKDIR?

 Percaya atau tidak, anda kena percaya juga pada takdir/qada' dan qadar. Kenapa? Ini kerana anda akan belajar untuk maju dalam hidup setelah menempuh pelbagai kisah hidup anda. Apa yang terjadi dalam hidup anda tidak perlulah anda berkeluh-kesah dalam menempuhnya. Setiap yang berlaku dalam hidup anda, jadikan ianya sebagai titik tolak dalam kehidupan anda.
Sekiranya anda pernah hidup susah, ditinggalkan kekasih, mengalami kegagalan dalam pelajaran/kerjaya atau apa sahaja yang membuatkan anda patah semangat untuk hidup, jangan jadikan itu alasan untuk anda malas untuk bangun dari kecelakaan yang berlaku dalam hidup anda.
Percaya pada takdir bukan untuk membuat anda menjadi seseorang yang tidak bersemangat. Tetapi, percaya pada takdir adalah, percaya yang takdir itu boleh di ubah. Oleh itu, janganlah menganggap takdir yang buruk pada diri anda akan kekal buruk, dan jangan pula menganggap takdir yang baik itu, kekal selamanya dengan anda. Yang buruk harus di ubah, yang baik harus dikekalkan. Yang penting anda jangan sesekali berserah segalanya pada takdir. Kerana, ianya umpama anda tidak berbuat apa-apa langsung dalam hidup anda.
Setiap manusia, tidak kira peringkat umur, warna kulit dan juga agama, masing-masing mempunyai jalan hidup yang berbeza, tetapi arah tujuan yang sama. Setiap ujian juga berbeza bagi setiap manusia. Kenapa? Kehidupan ini adalah satu ilmu yang perlu dikongsi bersama. Ilmu kekayaan, kebahagiaan dan juga kesusahan harus dikongsi sesama manusia, untuk sama-sama lebih mengenal erti kehidupan yang sebenar. Hidup menyendiri dan hanya berserah pada takdir, tidak akan membantu apa-apa dalam hidup anda. Jadi sentiasalah perbaiki diri, untuk memastikan takdir yang buruk akan pergi dan diganti dengan takdir yang baik. Jangan berhenti berusaha dalam mengejar apa yang dicitakan dalam hidup.
Akhir sekali ingatlah kata-kata ini, "Jika Salah Tadbir akan Jadi Takdir". Anda yang menentukan perjalanan hidup anda. Bermulalah dengan langkah kanan, dan berakhir dengan langkah kanan juga. Selamat Maju Jaya!
Bye...

Wednesday, October 13, 2010

MENYUSU BADAN VS MENYUSU BOTOL

 Salam Sejahtera buat pengunjung blog.

Topik kali ini, saya ingin memberi pandangan tentang bayi yang menyusu badan vs bayi yang menyusu botol. Sebelum itu, saya selitkan kata-kata yang biasanya anda dengar selepas melahirkan bayi di Hospital.

"Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan."


Percaya atau tidak, inilah yang pertama kali yang anda akan dengar sebagai bakal ibu. Jadi sejauh mana anda mampu melakukannya? Ramai yang takut jika tidak mampu memenuhi keperluan ini. Tetapi apa yang saya ingin katakan, sekiranya anda mampu, laksanakanlah dan sekiranya tidak, janganlah anda merasa sedih. Ini kerana, ramai yang beranggapan seperti berikut:-

Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.


Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap.


Ini cuma sebahagian sahaja artikel yang menunjukkan betapa pentingnya bayi menyusu badan. Tapi sedarkah anda, disebabkan kenyataan-kenyataan sebegini, masih ramai ibu yang tidak menyusukan anak mereka. Dan ini sama sekali tidak boleh dipandang serong oleh sesetengah pihak. Hanya mereka yang berada di dalam situasi tersebut, boleh menentukan kemampuan mereka. Jadi, janganlah disalahertikan sekiranya didapati seseorang ibu itu tidak menyusukan bayi mereka secara eksklusif.

Pengalaman Peribadi


Saya mempunyai 2 orang anak yang mana kedua-duanya mempunyai pengalaman yang berbeza sewaktu proses penyusuan. Anak yang pertama hanya menyusu badan selama sebulan dan anak kedua menyusu badan selama 2 tahun. Pada awalnya, saya merasa takut sekiranya anak pertama saya akan kerap sakit kerana tidak lama menyusu badan. Tetapi, alhamdulillah... anak saya jarang sekali sakit berbanding anak kedua saya yang mana kerap demam sewaktu bayi. Dan daripada segi IQ, tidak dinafikan, anak pertama saya lambat untuk menerima sesuatu pelajaran yang baru jika dibandingkan dengan adiknya. Dan daripada segi kasih sayang, anak pertama saya lebih rapat dengan saya walaupun menyusu badan hanyalah sebulan. Dan anak kedua saya pula lebih rapat dengan ayahnya. 


Kesimpulannya: Apapun fakta yang keluar tentang penyusuan ibu, ambiklah ianya sebagai pembelajaran. Janganlah terlalu obses dengan setiap fakta yang dikeluarkan sehingga timbul rasa takut yang melampau sekiranya anda tidak mampu melaksanakannya. Setiap bayi yang Allah anugerahkan ada kelebihan dan kelemahannya. Jadi, apa sahaja tingkah laku bayi bukanlah disebabkan cara penyusuan semata-mata. Tapi, lebih kepada kasih sayang yang kita curahkan pada anak-anak kita. Percayalah, tindakan anda akan menentukan masa depan anak-anak anda. Berfikirlah secara positif yer...

 Bye...

Wednesday, September 29, 2010

KITA YANG MENGEJAR HUTANG ATAU HUTANG YANG MENGEJAR KITA?


Ramai yang cuba lari dari berhutang. Tetapi, kerana desakan hidup, ramai yang tidak dapat lari dari mengejar hutang. Salahkah kita atau salah syarikat-syarikat yang memberi kemudahan hutang???

Tidak dinafikan dengan gaya hidup masyarakat sekarang yang berlumba-lumba mengejar kemewahan, ramai yang sanggup berhutang demi menampakkan mereka juga punya banyak wang, padahal ia cumalah duit pinjaman. Apalah gunanya wang yang banyak tapi bukan dari hasil titik peluh diri sendiri.

Bagaimana untuk lari dari masalah hutang??? Bagi saya jawapannya mudah. Banyak peluang yang diberikan oleh orang lain kepada kita untuk kita berjaya, ambil peluang ini dan berusaha untuk keluar dari kesempitan kewangan. Jika mengambil masa yang lama untuk bertindak, anda akan ketinggalan dan makin jauh ketinggalan!

Nasihat saya pada mereka yang berhutang, dan mampu untuk membayar hutang anda semula, janganlah bertangguh membayar hutang, kerana si pemiutang juga memerlukan wang untuk terus hidup. Sama-sama bantu membantu agar tiada siapa yang jauh ketinggalan dibelakang kerana asyik mengejar dan dikejar hutang.

Bagi yang sangat-sangat perlukan duit, fikir 2 kali,..adakah duit itu diperlukan untuk kepuasan nafsu semata-mata atau ianya satu keperluan yang sangat-sangat mendesak.

Sama-sama kita berusaha untuk tidak menjadi hamba kepada DUIT!!!

Terima Kasih.



Saturday, August 21, 2010

KENAPA KAMI DITELANJANGKAN???

Assalammualaikum buat para pengunjung.

Alhamdulillah... kini telah menjelang Ramadhan dan Syawal semakin hari semakin dekat. Bila poket sudah berisi, setiap orang akan mengambil peluang untuk membeli belah baju raya untuk anak-anak, suami dan isteri. Macam-macam fesyen baju yang menarik hati dipertontonkan.. Memang cantik di mata... Belek punya belek,... Astaghfirullah...JARANGNYA!!! Bukan setakat baju sahaja yg jarang...sampai ke kain jarang... Terbayang bila menyarungkannya di badan... DOSA DOSA!! Kenapa yer?? Semakin sukar mencari baju yang tebal-tebal... Baju kurung yang sepatutnya mampu menyerlahkan keayuan wanita melayu, kini dah menjadi baju untuk menyerlahkan dalaman wanita melayu!! Bila kita tanya pada penjual... Alasannya,..alah kak..pakailah baju kat dalam tu... Memanglah dik oi... Tak yah cakap pun dah tau. Elok nak beli satu set baju...kene pulak tambah lagi duit untuk set dalaman pulak. Kalau yang nak menutup aurat tu...confirm dia beli set dalaman punya...tapi yang tak kisah nak tayang body tu??? Tak pasal2 kita pun turut tanggung dosa dia sama... sebab bersubahat!
Semakin sukar nak mencari baju yang selesa untuk wanita...Yang banyak dipasaran... yang cantik dimata...semuanya jarang-jarang belaka!! Hmmmm....Hanya yang dapat kusimpulkan di sini... Ingatlah,...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:-

Maksudnya: ‘Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.” (HR Muslim)


Cubalah...pereka-pereka baju muslimah yang beragama islam menukar pakaian-pakaian yang jarang lagi cantik tu...kepada pakaian yang lebih sopan, selesa dipakai dan pastinya jauh dari dosa. Kami tidak sanggup ditelanjangkan!!! Tolonglah....


JANGAN TIRU PENAMPILAN YG SEBEGINI!


Klik kat sini: SEBAGAI RENUNGAN...



Tuesday, August 10, 2010

KREDIT OH KREDIT!!!!

Assalammualaikum...

Saya rasa terpanggil menulis artikel ini atas dasar kesedaran dan sedih melihat orang islam sekarang. Tujuan saya menyertai kad kredit islamik ini,..kerana ingin sekali membantu rakan2 sesama islam yg telah terjebak dgn masalah riba mahupun yg belum terjebak dgn riba... Tapi apa yg saya nampak,... ramai yg tak kisah ttg RIBA. Kenapa bila diberi jalan keluar...masih berani berada dalam laknat Allah... Kenapa??? Rakan2 semua,...saya bukan bekerja kerana duit, tapi kerana jihad islam. Nak bantu kawan2. Kenapa anda tak bantu diri sendiri? Kenapa mudah menolak perkara yg baik, lebih2 lagi perkara yg menurut syariat islam? Fikirlah...
Hati saya sayu apabila sering di tolak oleh orang islam... tapi diterima pula oleh bukan islam... Kenapa mereka nampak kebaikan islam... tapi orang islam sendiri,.. nak dengar pun tidak mahu. Sanggup butakan mata,..dan tulikan telinga.. Siapa yg buta hati ni???
Berilah saya jawapan... kenapa bila ada tangan kanan yang mahu menyambut anda dari terjerumus ke api neraka,...di tolak tangan itu mentah2. Tapi,... bila tangan kiri yang menyambut, di pegang erat tangan itu? Dan kenapa kawan2 ku, selepas anda terseksa dan ditipu oleh tangan kiri itu,... tangan  yang kanan juga menjadi mangsa???!!!
Ya,... anda bebas untuk memilih dan membuat keputusan. Tiada paksaan... tapi letaklah iman sekuatnya dalam hati supaya anda tidak buta hati untuk menerima kebaikan. Saya adalah tangan kanan anda. Peganglah erat2 tangan kanan saya supaya saya dapat tarik anda keluar dari masalah riba yang membuatkan anda jauh dari keredhaan ALLAH...
Maafkan saya sekiranya artikel ini membuatkan anda berkecil hati dengan saya...
Terima kasih bagi mereka yang menggunakan khidmat saya...
Kita cuma berusaha,.. Allah jua yang menentukan segalanya...

Hubungi saya untuk melakukan perubahan dalam hidup anda.. Niatlah kerana Allah... Kerana saya bekerja dengan niat yang baik... InsyaAllah.

Rosyta
019-3244286