Tuesday, April 12, 2011

TAKUT TAPI TAK TAKUT.

Assalammualaikum semua...

Hmmm... "Takut tapi sebenarnya tak takut". Apa hal ni? Bukan apa, orang sekarang ni banyak sangat perkara-perkara yang ditakutkan, tapi buat jugak dalam takut-takut tu. Jadi, takut ke idak sebenarnya? Hahaha...

Jadi,..rasa seronok juga nak share hal takut tak takut ni. Hmmm...

Soalan pertama untuk diri saya dan anda.

Anda takut sakit tak?
Kalau jawapan saya, saya memang paling takut sakit. Tapi, bila dah tahu kenyataan yang sakit ni penghapus dosa bila kita REDHA, terus takut tu jadi tak takut. Anda pulak?


Soalan kedua untuk diri saya dan anda juga.

Anda takut miskin tak?
Kalau jawapan saya, saya memang takut jatuh miskin. Tapi, bila dah tahu kenyataan yang bila kita redha miskin di dunia, dan Allah akan beri ganjaran kita akan kaya di akhirat jika kita REDHA, terus takut tu jadi tak takut. Anda pulak?

Soalan terakhir dari saya untuk saya dan juga diri anda.

Anda takut mati tak?
Kalau jawapan saya. saya paling takut nak menghadapi mati. Walaupun ada ganjaran syurga, saya tetap takut. Takut yang tidak boleh ditukar menjadi tidak takut. Sebabnya, SYURGA dan NERAKA belum tentu di mana kita bakal berada. Anda pulak?

Persoalannya, di mana patutnya kita perlu rasa takut yang sebenar-benarnya takut, hingga menggigil seluruh badan kita?

Jawapannya: Takutlah pada Allah. Insyaallah, anda akan takut nak buat jahat, tapi tak takut bila kesusahan atau kesenangan menimpa diri anda, kerana Allah sayang dan kasih pada hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya apabila dalam waktu susah atau senang.

Jadi, takutlah pada kemurkaan Allah, jangan melakukan kemungkaran sedangkan anda tahu, Allah tidak suka. Janganlah buat-buat tak takut dengan kemurkaan Allah. Wallahua'lam.

Salam peringatan buat diri saya yang jahil ini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment