Saturday, April 2, 2011

PERHATIKANLAH DIRIMU.

Salam ukhwah buat teman-teman yang mengunjungi blog Cahaya Hati.

Kali ini saya nak berkongsi tentang DIRI, yang mana, ramai yang tidak menghargai diri yang ZAHIR mahupun yang BATIN. Kenapa agak-agaknya ye? Tepuk tangan dengar bunyi... Hehe.

Ramai manusia yang tak sedar DIRI, maksud saya bukannya pengsan atau koma, tapi tak sedar NILAI DIRI anda. Kalau saya bertanya, berapa nilai diri anda? Tentu ramai yang menjawab tidak ternilai! Tapi, jika sebaliknya, andalah manusia yang sanggup menjual maruah diri. Tak caya, cuba letak harga diri anda dekat pasar-pasar malam. Hehe. Ada ke tidak orang yang sanggup membeli DIRI anda? Kalau ada nauzubillah. Rendahnya martabat diri anda! Jadi, berbahagialah anda di dunia diri ciptaan anda.

Kenapa perlu perhatikan diri? Jawapannya, kerana permulaan DIRI itu dilahirkan suci bersih dan sempurna. Lihatlah diri anda sekarang, sejauh mana anda telah menzalimi diri anda? Berapa banyak daki-daki yang belum dibersihkan? Dan masih lengkapkah anggota badan anda? Jika anda sayangi diri anda, tentulah tiada sebarang daki yang melekat pada diri anda. Tapi bagi mereka yang sering alpa dengan kebersihan diri, tentunya banyak bahagian-bahagian hitam ditubuhnya. Dan jika masih sempurna diri anda seperti anda dilahirkan dahulu, bersyukurlah kerana anda belum cacat!

Apakah maksud kata-kata saya ni? Sangat mendalam maknanya bagi mereka yang bijaksana. Hehe. Hidup di dunia ini, perkara pertama yang kita bawa adalah hati yang bersih, akal yang bijaksana dan diperkuatkan pula dengan diri yang sihat serta sempurna zahirnya. Jika kita hidup dengan mencintai diri sendiri, bermulalah dengan menjaga akal supaya bijak menilai, kemudian hati akan mula merasai ketenangan atas pilihan yang baik, dan secara automatik, diri akan terpelihara dari sebarang calar. Bukan mudah nak mengawal akal dan hati yang dipenuhi nafsu dan diri yang cukup sempurna ini, tetapi TAHUKAH ANDA? Setiap nafsu boleh dibakar dengan ZIKRULLAH. Itulah ubat bagi setiap penyakit hati , akal dan diri.

Jadi, mulailah hari anda dengan berzikir, dan akhirkanlah detik hidup anda juga dengan zikir. Insyaallah, kita akan mulai melihat diri kita sangat indah dari biasa. Diri yang tadinya berdaki, lama kelamaan akan bersinar kembali dengan cahaya yang cukup indah di mata hatimu. Jadi kawan-kawan. Sebutlah ALLAH dihati dan dibibirmu, Insyaallah, terpelihara diri zahir dan batin anda. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment