Sunday, October 10, 2010

TIPS NAMPAK CANTIK!

Hi Semua!!!

 Hari ini saya ada tips untuk seseorang itu kelihatan cantik sepanjang masa. Di era baru ni, ramai yang berlumba-lumba untuk kelihatan cantik. Macam-macam cara digunakan. Tapi anda rasa berkesan ke? Setakat cantik apabila di make-up, semua pun boleh nampak cantik. So,..saya ada cara untuk nampakkan anda cantik sepanjang hayat. Cubalah tips-tips berikut. pasti suksess!!!
  1. Pastikan anda selalu berpakaian kemas dan bersih. Walaupun anda seorang yang tidak menarik, tetapi bila anda berpakaian rapi dan sopan, sesiapa pun akan kata "awak nampak cantik!".
  2. Pastikan anda sentiasa membalas senyuman mereka yang memandang anda. Tidak perlu membalas sapaan, cukuplah dengan memberi senyuman yang manis, anda akan membuatkan mereka yang memandang merasa bahagia dan seterusnya, terlupa pada wajah anda yang sebenarnya biasa sahaja di mata mereka.
  3. Pastikan anda menggunakan perkataan yang sopan bila bertutur. Perkataan yang sopan boleh membuatkan mereka yang sedang berbual dengan anda merasa selesa untuk berbicara dan memberikan impak yang besar dalam pergaulan. Anda jangan terkejut jika dia berkata, "Saya suka berkawan dengan awak." Tidakkah ini lebih bererti dari raut wajah??? Awak semestinya nampak cantik dengan budi bahasa yang cantik.
  4. Pastikan make-up tidak terlalu tebal. Ini kerana, anda akan dikritik bukan kerana ketulenan kecantikan anda, tapi hanyalah cara make-up yang dipamerkan. Anda mesti tidak mahu diperkecilkan setelah anda membuang make-up di wajah anda. Jadi, pastikan make-up tidak terlalu tebal! Anda pasti lebih terserlah!
Inilah amalan yang selalu saya gunakan, dan hari-hari mendapat pujian dari suami. Wahhh...bahagianya. Hehehe. Cubalah!
Thanks. Bye!

No comments:

Post a Comment