Salam Sejahtera buat pengunjung blog.
Topik kali ini, saya ingin memberi pandangan tentang bayi yang menyusu badan vs bayi yang menyusu botol. Sebelum itu, saya selitkan kata-kata yang biasanya anda dengar selepas melahirkan bayi di Hospital.
"Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan."
Percaya atau tidak, inilah yang pertama kali yang anda akan dengar sebagai bakal ibu. Jadi sejauh mana anda mampu melakukannya? Ramai yang takut jika tidak mampu memenuhi keperluan ini. Tetapi apa yang saya ingin katakan, sekiranya anda mampu, laksanakanlah dan sekiranya tidak, janganlah anda merasa sedih. Ini kerana, ramai yang beranggapan seperti berikut:-
Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap.
Ini cuma sebahagian sahaja artikel yang menunjukkan betapa pentingnya bayi menyusu badan. Tapi sedarkah anda, disebabkan kenyataan-kenyataan sebegini, masih ramai ibu yang tidak menyusukan anak mereka. Dan ini sama sekali tidak boleh dipandang serong oleh sesetengah pihak. Hanya mereka yang berada di dalam situasi tersebut, boleh menentukan kemampuan mereka. Jadi, janganlah disalahertikan sekiranya didapati seseorang ibu itu tidak menyusukan bayi mereka secara eksklusif.
Pengalaman Peribadi
Saya mempunyai 2 orang anak yang mana kedua-duanya mempunyai pengalaman yang berbeza sewaktu proses penyusuan. Anak yang pertama hanya menyusu badan selama sebulan dan anak kedua menyusu badan selama 2 tahun. Pada awalnya, saya merasa takut sekiranya anak pertama saya akan kerap sakit kerana tidak lama menyusu badan. Tetapi, alhamdulillah... anak saya jarang sekali sakit berbanding anak kedua saya yang mana kerap demam sewaktu bayi. Dan daripada segi IQ, tidak dinafikan, anak pertama saya lambat untuk menerima sesuatu pelajaran yang baru jika dibandingkan dengan adiknya. Dan daripada segi kasih sayang, anak pertama saya lebih rapat dengan saya walaupun menyusu badan hanyalah sebulan. Dan anak kedua saya pula lebih rapat dengan ayahnya.
Kesimpulannya: Apapun fakta yang keluar tentang penyusuan ibu, ambiklah ianya sebagai pembelajaran. Janganlah terlalu obses dengan setiap fakta yang dikeluarkan sehingga timbul rasa takut yang melampau sekiranya anda tidak mampu melaksanakannya. Setiap bayi yang Allah anugerahkan ada kelebihan dan kelemahannya. Jadi, apa sahaja tingkah laku bayi bukanlah disebabkan cara penyusuan semata-mata. Tapi, lebih kepada kasih sayang yang kita curahkan pada anak-anak kita. Percayalah, tindakan anda akan menentukan masa depan anak-anak anda. Berfikirlah secara positif yer...
Bye...
No comments:
Post a Comment