Thursday, November 4, 2010

PUASKAH ANDA DENGAN HANYA MELAYAN NAFSU?

Nak cerita bab nafsu ni, memang panjang. Macam-macam jenis nafsu ada. Tetapi, nafsu ini berbeza bagi setiap orang tentang bagaimana cara mereka nak memuaskannya. Tetapi persoalannya, setakat mana kepuasan yang anda perolehi setelah melayan nafsu itu dan ini?

Sebagai contoh:-
  1. Nafsu makan: Ramai yang bernafsu untuk makan, sehingga ada yang mati akibat memuaskan nafsu makannya. Jadi, di mana kepuasannya? 
  2. Nafsu berbelanja: Ramai yang menghabiskan duit semata-mata mahu memiliki sesuatu yang di luar kemampuannya, sehingga duit poket habis begitu sahaja. Jadi, di mana kepuasannya?
  3. Nafsu tidur: Ramai yang menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari sehingga badan menjadi lemah dan otak menjadi lembab. Jadi, di mana kepuasannya?
  4. Nafsu amarah: Ramai yang hilang kawalan akibat terlalu marah sehingga sanggup membunuh. Jadi, di mana kepuasannya?
  5. Nafsu seks: Ramai yang melepaskan nafsu seks kepada mereka yang bukan haknya sehingga melahirkan anak luar nikah dan meningkatnya kes buang bayi. Jadi, di mana kepuasannya?
Bukan apa, bila kita sibuk melayan nafsu, banyak kesan yang tidak baik akan berlaku. Ramai yang tidak sedar hal ini. Bagi mereka, kepuasan yang sementara ini, cukup seronok dan mereka lupa akan kesan buruk yang bakal mereka hadapi. Apabila terjadinya sesuatu, mulalah menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri yang patut dipersalahkan dahulu.

Ini cuma pandangan peribadi saya sahaja. Kerana ramai di antara kita yang sering kali lalai dalam melayan nafsunya. Berfikirlah sebelum bertindak. "Keseronokan di dunia ini hanyalah sementara". Dan, itu bukan alasan untuk kita leka dengan hiburan duniawi. Berfikirlah jika anda seorang yang berpegang pada tali Allah.

Wassallam.

1 comment:

  1. kepuasan sementara...nafsu itu untuk mereka yang sementara nikmatnya.

    ReplyDelete