Showing posts with label Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Prihatin. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

KENYATAAN YANG PERLU DI AMBIL IKTIBAR.


AWAS JUALAN MURAH! 
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSIN

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20. Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010. Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu. Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan. Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini. “Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang , tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009. “Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya. Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan. “Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’. “Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya. Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.


APA YANG SAYA NAK KONGSIKAN BERSAMA IALAH, JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK! JANGAN LUPA TU. BYE....

Saturday, November 20, 2010

AKIBAT TAKSUB PERMAINAN FARMVILLE DI FACEBOOK

Mom Kills Her Baby For Interrupting Her FarmVille Game
Tuesday, 11.16.2010, 02:06am (GMT)



 
It doesn't happen often, but occasionally video game-related news can be nothing less than tragic. A 22-year-old mom in Jacksonville, Florida plead guilty this week to second-degree murder after she shook her baby to death for interrupting her FarmVille game session. According to the Florida Times-Union (via Huffington Post), the mother, Alexandra V. Tobias (right), told investigators she became angry after her 3-month-old baby started crying while she was playing FarmVille on Facebook. Tobias further explained to investigators that after she shook her baby once, she "smoked a cigarette to compose herself and then shook him again." She also said the baby may have hit his head during the shaking.
Tobias now faces a potential sentence of life in prison, although state guidelines call for a sentence of 25 to 50 years. The sentencing hearing is scheduled for December.
The story has shades of another tragic case earlier this year involving fatal child negligence due in part to online game addiction. Back in March, a couple in South Korea was convicted of letting their child starve to death while obsessively nurturing a virtual child in an online video game.
The vast majority of FarmVille players access the game through Facebook, where it has 61 million registered users – equivalent to the entire population of the United Kingdom. I’m sure most FarmVille players are just ordinary people passing a bit of time with a fun, animated game but, like any activity, there will be some who take it to excess.
I have no idea what Tobias is doing now (aside from her court appearances, that is). I hope she is not still playing FarmVille. But I can’t help thinking about how a young life has been lost and another one (the mother’s) permanently damaged.

source: 1up