Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Taman Rekreasi Bagan Nakhoda

Salam bahagia buat semua pengunjung blog saya.

Kali ini, saya nak canangkan tentang salah satu tempat rekreasi yang saya sekeluarga suka sangat pergi. Tempat ni, sesuai sangat untuk kaum keluarga beriadah sambil makan-makan. Hehe...

Jom tengok-tengok apa yang ada dekat sini :-

Sebenarnya, tempat ini terkenal sebab ada gerai makan ni lah. Ramai yang suka makan dekat gerai ni sebab semua masakan dia berasaskan udang.

Ini salah satu menu dekat gerai ni. Nasi goreng udang. Yum...yum...

Setelah selesai makan, apalagi jalan-jalan tepi pantailah. Dekat sini, ramai yang suka ambil gambar dan juga main layang-layang. Kebetulan, masa kami datang ni, ada pelangi muncul. Wahhh...cantikkan?? :)

Dekat sini juga, banyak sangat kulit kerang yang cantik-cantik. Bolehlah bawa balik untuk suka-suka. Hehe.

Perasan tak dekat atas batu tu ada ikan dua alam. Lupa pulak nama ikan ni. Apapun, ikan ni tersesat masa kami datang kat sini. Hahaha...

Oklah semua... Kami berseronok bila datang ke sini. Jangan gaduh-gaduh eh... 

Bye... Jumpa Lagi!



Thursday, October 28, 2010

HAPPY BIRTHDAY ASYRAAF HAZIEQ

Selamat Hari Lahir yang ke-5 tahun anakku. Semoga anak ummi membesar dengan kuat dan sihat. 

23-10-2010 (Asyraaf Hazieq - 5 Tahun)
Maaflah, tahun ni...ummi tak dapat nak sambut Harijadi Asyraaf dengan kawan-kawan. Harap Asyraaf gembira di Hari Lahir Asyraaf tahun ni... :)

Asyraaf naik motor
Tahun ni, ummi cuma dapat bawa Asyraaf main-main kat Pasaraya jer. Maaf yer. Ummi dengan papa sibuk, tak dapat nak ambil cuti macam tahun lepas. Harapnya, anak ummi gembira walaupun hanya kita sekeluarga sahaja yang meraikannya...

Happy Birthday Asyraaf Hazieq
Jadi, dengan genapnya umur Asyraaf 5 tahun, tahun depan Asyraaf dah kena masuk Sekolah Tadika. Ummi doakan yang terbaik untuk Asyraaf. Jadi anak yang soleh dan bijak yer sayang. Muaahxxx!!!

Thursday, October 7, 2010

OKTOBER YANG PENUH DURI!

Salam Oktober...


Awal bulan oktober yang penuh ranjau dan duri. Fuhhhh!!!! Pening sangat kepala ni dengan masalah yang bertimpa-timpa. Harap-harap cepatlah kesusahan ini pergi. Datanglah kesenangan dan kebahagian...


Puncanya datang dari orang luar pun ada dan yang takda kaitan dalam hidup pun ada. Bagaimana yer, nak sedarkan mereka yang tak sedar bahawa perbuatan mereka, betul-betul telah menyusahkan orang lain. Penat bila selalu dipergunakan. Bila ditegur, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Betul-betul membebankan bila punya 'orang' yang sebegini dalam hidup. Hmmm... Penat sangat!!!

Stress!
Ya Allah, berilah kesabaran kepada kami dalam menempuh ujian-Mu. Dan semoga mereka yang hidup pentingkan diri sendiri, cepat-cepatlah diberi petunjuk. Agar tidak menyusahkan orang lain. Ameen.

Berdoa mohon keampunan...
Cukuplah, untuk hari ni. Kene banyak bersabar dan berehat. Letih!


Wasallam..


Sunday, October 3, 2010

SAHABAT SETIA

Ida & Zali & Alya <> Nina & Mus & Iskandar

Salam bahagia buat sahabatku Ida &Nina...


Thanks sudi datang rumah ita di Hari Raya tahun ini. Rasa terharu dan seronok sangat-sangat menerima kunjungan korang berdua bersama family tersayang. Maaflah andai selama persahabatan kita ada yang tersalah bicara atau terkasar dalam bergurau. Apapun,... jangan putuskan persahabatan kita walaupun masing-masing sudah mempunyai partner hidup masing-masing. Hehehe. Apapun, Zali & Mus thanks eh,..bawa isteri tercinta berjumpa dengan sahabat dia yang jauh di mata nih... Hehehe. :)


Last sekali,.. pada Ida & Nina, be a good mother and wife!! Harap-harap dapat berjumpa lagi. Yang penting kita tetap cool macam time belajar-belajar dulu...Huhuhu. Take care... :)







Thursday, September 2, 2010

Cinta Hati Ku...


Inilah dia cinta hati saya....

Inilah dia cinta hati saya... 2 orang budak yang riang ria!!!


Happy Time... Smile!!!
(Budak baru baik dari demam seminggu)


Tak cukup tampal gambar kat buku...tampal kat muka pulak... Isk isk isk..

Macam-macam aktiviti budak-budak ni... Apapun, jangan nakal-nakal. Love both of u very very much!!!