Friday, October 1, 2010

BENARKAH KENTANG BOLEH MENGGEMUKKAN???

Assalammualaikum...buat pengunjung blog yang setia.

Hari ni saya nak share satu email yang saya terima dari seseorang. Yang mana dia seorang wanita yang asalnya kurus dan berjaya menaikkan berat badan dengan hanya mengamalkan makan kentang. Kiranya, email ini untuk memberi tips bagi mereka yang terlalu kurus dan cuba nak menggempalkan badan. Hehehe. Bagi yang dah cukup sihat tu, mungkin artikel ni boleh membantu anda untuk berfikir sejenak... :)

So,.. inilah email yang saya terima..

Sila klik utk besarkan image.
Setelah membaca email ni, saya rasa terpanggil untuk mencuba. Al maklumlah saya ni orangnya kurus. Teringin gak nak membesar. Hehehe. Buat masa ni, hasilnya belum nampak lagi. Takut juga sebenarnya nak try, yelah, tak sanggup melihat perut akan menjadi boroi.. Huhuhu...

So, bagi kawan-kawan yang kurus sangat-sangat tu, bolehlah cuba tips ni kalau teringin nak jadi besar. Tapi ingat, jangan duk sibuk  makan kentang jer,.. senaman jangan lupa! Nanti lain lak jadinya... :)

Sebelum mengakhiri topik kali ni, saya selitkan sedikit info tentang khasiat KENTANG.


Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.


Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.



Ok, Selamat Mencuba!!!







1 comment: