Monday, August 2, 2010

ANDA SOAL, SAYA JAWAB.

Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh bakal pemohon kad kredit.

1) Q: Caj lewat bayar
    A:  Maksima RM5.

2) Q: Adakah Bank Rakyat menawarkan perkhidmatan 'balance transfer'?
    A: Ya. Syarat. Kene ada Kad Kredit i Bank Rakyat dahulu.

3) Q: Sekiranya tak pakai kad kredit, ada dikenakan apa2 caj tak?
    A: Tidak ada caj.

4) Q: Caj pengeluaran tunai?
    A: RM30 setiap transaksi

5) Q: Bagaimana dengan cukai kerajaan RM50?
    A: Percuma

6) Q: Nilai Kad Kredit yang ditawarkan?
    A: Kredit limit, 3 kali ganda gaji kasar (basic + elaun tetap)

7) Q: Jika ada CCRIS / CTOS boleh mohon atau tidak?
    A: Boleh mohon tapi untuk lulus mungkin susah.

8) Q: Kalau saya pernah memohon dan tidak lulus, 
        adakah saya masih boleh memohon lagi?
    A: Boleh. Selepas 3 bulan permohonan.

9) Q: Pendapatan minimum untuk memohon?
    A: RM1500/ RM18000 setahun.

10) Q: Dokumen yang diperlukan untuk memohon?
     A: Salinan kad pengenalan dan salinan slip gaji sebulan/salinan kad kredit.

11) Q: Apa kelebihan kad kredit i Bank Rakyat berbanding 
          Kad Kredit Islamik yang lain?
      A: 1) Bank Rakyat menawarkan Perlindungan Takaful Keluarga dan 
              khairat kematian
          2) Hanya Bank Rakyat dapat menikmati cukai kerajaan secara percuma.

12) Q: Sekiranya saya ada masalah dengan pembayaran bulanan kad, 
          adakah saya masih menikmati pelan Takaful Keluarga dan
          khairat kematian yg ditawarkan?
      A: Ya

13) Q: Apa yang bakal saya nikmati sekiranya saya membayar kad 
          mengikut format yang ditetapkan?
  A: Kelebihannya, dalam 9 bulan pertama, sekiranya pemegang kad membayar kredit mengikut format yang ditetapkan, kadar faedah tahunan akan dikurangkan menjadi 16% setahun. 3 bulan berikutnya sekiranya pemegang kad masih membayar kredit mengikut format yang ditetapkan, kadar faedah          tahunan akan dikurangkan lagi menjadi 13.5%. Selepas itu, sebagai bonus kepada pemegang kad, kadar faedah tahunan anda akan dikurangkan lagi sebanyak 1% menjadi 12.5%. Sekiranya pemegang kad mempunyai pembiayaan lain dengan Bank Rakyat, kadar faedah tahunan anda dikurangkan lagi sebanyak 1% menjadi 11.5% setahun, tidak termasuk rebet lain yang bakal anda perolehi.

Sekian. Terima Kasih atas kerjasama anda.

2 comments:

  1. saya kakitangan kerajaan ....gaji pokok dgn elaun dlm rm1500...tapi saya ada buat pnjman bank....gaji bersih saya dlm rm700 lps tu saya ada buat pnjman kereta...adakah saya blh memohon

    ReplyDelete
  2. Memohon boleh...tapi untuk kelulusan...hanya pihak bank yang dapat pertimbangkan... Tq Suzanna

    ReplyDelete