CaHaYa HaTi
Firman Allah s.w.t,"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka teraniaya, pasti Kami akan memberikan mereka tempat yang lebih baik di dunia. Dan sesungguhnya, pahala di akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahuinya. (iaitu) Orang-orang yang sabar dan mereka hanya bertawakal kepada Tuhan semata [An-Nahl:41 & 42]
Friday, March 23, 2012
KEHIDUPAN
Bagaimana hari-hari yang kita lalui hari ini?
Adakah memberi impak yang positif dalam kehidupan kita?
Telahkah kita laksanakan apa yang kita rancangkan?
Adakah telah kita perhatikan apa kekurangan dan apa kelebihan kita hari ini?
Jawapan kita pada persoalan di atas, mungkin berbeza. Tetapi itulah kehidupan. Tahukah kita kenapa kita hidup di dunia ini? Pernahkah kita bertanya tentang siapa kita?
Kehidupan itu perlu dijalani. Mengikut arah panduan yang telah tersedia buat kita. Iaitu Al-Quran dan Sunnah. Bersedia atau tidak, hari ini akan berlalu pergi, esok belum pasti buat kita lagi. Bersyukurlah dan berusahalah untuk melaksanakan perkara yang bermanfaat hari ini untuk kebaikan di akhirat nanti.
Salam sayang buat pembaca budiman. ^^,)
Thursday, November 10, 2011
DUIT YASSIN - TINGGALAN DATUK MOYANG -
Sejarah Duit Yassin.
Pada zaman dahulu kala, Duit Yassin biasa digunakan oleh raja-raja. Tetapi pada masa kini, duit yassin disimpan sebagai koleksi kerana dipercayai dapat menghalang perbuatan sihir, menghalau hantu setan dan juga membawa tuah kepada pemegangnya (rezeki).
Jenis-Jenis Duit Yassin.
Duit Yassin terdiri daripada duit yassin 1 hinggalah duit yassin 44. Setiap darinya mempunyai unsur2 mistik. Dan ianya sangat sukar ditemui pada masa ini dan sebahagiannya telah ghaib.
Antara koleksi-koleksi peribadi milik tinggalan atok moyang saya.
Duit Yassin Nabi Khidir
Duit Yassin 9
Duit Yassin 7
Duit Dewa (Raja Bersiong)
Ini adalah antara koleksi,... dan ada beberapa lagi. Setiap satu koleksi ini, ada ceritanya yang tersendiri. Dan bagi yang mengetahui, ia adalah satu pengetahuan yang amat berguna.
Bagi yang berminat menyimpan salah satu koleksi kepunyaan saya, boleh dirunding maharnya... :)
Salam Yassin Salam Muhammad s.a.w.
Thursday, April 14, 2011
Dengarlah bicara ini..
You Tube ini adalah untuk simpanan peribadi saya, dan sesiapa yang mendengarnya, akan tersentuh hatinya. Dengarkanlah....
Jadi,...Janganlah Bersedih Lagi... :)
Jadi,...Janganlah Bersedih Lagi... :)
Tuesday, April 12, 2011
TAKUT TAPI TAK TAKUT.
Assalammualaikum semua...
Hmmm... "Takut tapi sebenarnya tak takut". Apa hal ni? Bukan apa, orang sekarang ni banyak sangat perkara-perkara yang ditakutkan, tapi buat jugak dalam takut-takut tu. Jadi, takut ke idak sebenarnya? Hahaha...
Jadi,..rasa seronok juga nak share hal takut tak takut ni. Hmmm...
Soalan pertama untuk diri saya dan anda.
Anda takut sakit tak?
Kalau jawapan saya, saya memang paling takut sakit. Tapi, bila dah tahu kenyataan yang sakit ni penghapus dosa bila kita REDHA, terus takut tu jadi tak takut. Anda pulak?
Soalan kedua untuk diri saya dan anda juga.
Anda takut miskin tak?
Kalau jawapan saya, saya memang takut jatuh miskin. Tapi, bila dah tahu kenyataan yang bila kita redha miskin di dunia, dan Allah akan beri ganjaran kita akan kaya di akhirat jika kita REDHA, terus takut tu jadi tak takut. Anda pulak?
Soalan terakhir dari saya untuk saya dan juga diri anda.
Anda takut mati tak?
Kalau jawapan saya. saya paling takut nak menghadapi mati. Walaupun ada ganjaran syurga, saya tetap takut. Takut yang tidak boleh ditukar menjadi tidak takut. Sebabnya, SYURGA dan NERAKA belum tentu di mana kita bakal berada. Anda pulak?
Persoalannya, di mana patutnya kita perlu rasa takut yang sebenar-benarnya takut, hingga menggigil seluruh badan kita?
Jawapannya: Takutlah pada Allah. Insyaallah, anda akan takut nak buat jahat, tapi tak takut bila kesusahan atau kesenangan menimpa diri anda, kerana Allah sayang dan kasih pada hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya apabila dalam waktu susah atau senang.
Jadi, takutlah pada kemurkaan Allah, jangan melakukan kemungkaran sedangkan anda tahu, Allah tidak suka. Janganlah buat-buat tak takut dengan kemurkaan Allah. Wallahua'lam.
Salam peringatan buat diri saya yang jahil ini.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)